PTPTN Serah Waran WPP RM31.61 Juta Kepada 21,074 Pelajar Hari Ini - Semasa | mStar

PTPTN Serah Waran WPP RM31.61 Juta Kepada 21,074 Pelajar Hari Ini

LARUT: Waran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bernilai RM31.61 juta diserahkan kepada 21,074 pelajar Universiti Awam di seluruh negara pada Rabu.

Pengerusi Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM3.3 juta diberikan kepada 2,202 pelajar di Perak, termasuk RM334,500 untuk 223 pelajar di kawasan Larut.

"Pemberian waran WPP adalah untuk kemasukan pelajar peringkat ijazah ke universiti awam bagi sesi September 2016 bagi meringankan beban ibu bapa dan keluarga menyediakan keperluan asas anak-anak.

"Ibu bapa dan pelajar yang menerima waran ini diingatkan supaya manfaatkan wang ini untuk tujuan pendidikan dan bukannya tujuan lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Mesra Pelajar Bersama PTPTN dan Badan Amal Isteri-Isteri Anggota Dewan Undangan Negeri Perak (Baiduri) di Sekolah Kebangsaan Sungai Siputeh, Selama di sini, Rabu.

Terdahulu, dalam ucapannya Shamsul Anuar berkata, sehingga 9 Ogos lepas, sejumlah RM1.21 bilion waran WPP ditunaikan oleh 821,713 pelajar di seluruh negara.

Beliau turut meminta golongan ibu bapa khususnya bumiputera supaya membudayakan amalan menabung bagi mengurangkan kebergantungan pinjaman sepenuhnya daripada PTPTN.

"Dalam tempoh 10 tahun dari sekarang, kita sasarkan rakyat kurangkan pinjaman sebaliknya memberi fokus kepada simpanan awal melalui dua skim kita iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus," katanya.-- Bernama


PTPTN , Shamsul Anuar Nasarah , WPP

Artikel Sebelum

'Spiderman' Ditahan Polis Jadi Viral

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain