suria

Kapal Tangki Bawa Diesel Bernilai RM1.57 Juta Dirampas

MTVierHarmoni

PETALING JAYA: Sebuah kapal tangki membawa minyak diesel bernilai RM1.57 juta yang dilaporkan hilang sebelum ini berhampiran Pelabuhan Kuantan, dipercayai telah dirampas.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar mengesahkan kapal MT Vier Harmoni pada masa ini berada di lokasi tertentu di perairan Batam. "

"#MTVierHarmoni dan muatannya iaitu kira-kira 900,000 liter bernilai diesel RM1.57 juta dipercayai telah dirampas, " katanya di laman Twitter pada Rabu.

Ahmad Puzi sebelum ini memuat naik status di laman Twitter mengesahkan APMM telah memulakan siasatan.

Beberapa minit kemudian, dalam status terbaharu, Ahmad Puzi memberitahu kapal tersebut yang didaftarkan di Batam, berada di perairan tersebut, berdasarkan maklumat yang diberikan rakan-rakan mereka dari Indonesia.

Artikel Lain