Pegawai Maybank Selamatkan Warga Emas Daripada Ditipu - Semasa | mStar

Pegawai Maybank Selamatkan Warga Emas Daripada Ditipu

KUALA LUMPUR: Apabila seorang wanita tua mahu membuat pengeluaran besar sebanyak S$200,000 (RM600,000), pegawai Maybank Christine Ting dan Doreen Ong bertanya kepadanya sebab transaksi itu mahu dilakukan.

Wanita itu kemudiannya menunjukkan kepada mereka perbualannya dengan 'rakannya' di telefon bimbit.

Oleh itu Ting merasakan sesuatu yang tidak kena dan cuba memujuk wanita berkenaan menghentikan transaksi tersebut.

Kedua-dua pegawai bank itu berjaya menghalang wanita berkenaan daripada ditipu.

Polis Singapura mendapati sindiket penipuan wang berada di belakang seluruh episod berkenaan.

Dalam satu temu bual telefon, Ting yang bertugas di Cawangan Maybank People’s Park Centre berkata wanita itu yang berusia 72 tahun datang untuk membuat pengeluaran pada 2 Ogos lalu.

Namun selepas menyedari bahawa ia melibatkan sejumlah wang yang besar, dia meluangkan masa untuk duduk dan berbual dengan pelanggan terbabit.

"Saya tanya tujuan pengeluaran berkenaan dan dia memberitahu saya bahawa ia adalah untuk rakannya yang mempunyai beberapa masalah dengan imigresen asing.

"Saya merasakan ada sesuatu yang tidak betul dan bertanya kepada beliau bagi mendapatkan maklumat lanjut," kata Ting.

Ting berkata dia segera memaklumkan kepada Ong yang juga penolong pengurus perkhidmatan pelanggan cawangan dan mereka membawa wanita itu ke dalam sebuah bilik persendirian untuk berbual.

Menurut Ting, wanita itu kemudian ditinggalkan tanpa membuat sebarang tranksaksi.

"Kami juga memaklumkan kepada cawangan lain dan polis supaya melihat kes itu dengan segera," katanya.

Menurut Ong,  bank dari Malaysia itu sentiasa mengingatkan kakitangannya supaya lebih berjaga-jaga terutamanya apabila ia melibatkan warga emas yang ingin mengeluarkan sejumlah wang yang besar.

"Kami gembira kerana kami dapat membantu wanita itu daripada ditipu," kata beliau.

Hasil siasatan mendapati wanita itu telah berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali melalui Facebook dan WhatsApp selama lebih daripada lima tahun.

Beliau telah memindahkan S$75,500 (RM226,122) sebanyak dua kali menerusi transaksi sebelum ini.

Maybank

Artikel Sebelum

Thangeswary Dilantik Speaker DUN Perak

Artikel Berikut

Ditembak Demi Rakan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain