suria

MCA Selar Parti Baharu Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: MCA menyelar parti baharu untuk Bumiputera yang bakal ditubuhkan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang didakwa hanya akan memecah-belahkan negara.

Setiausaha Biro Keharmonian Agama MCA, Chris Daniel Wong menyedari sumbangan bekas perdana menteri kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia sebelum ini tetapi menambah bahawa Dr Mahathir cuba untuk menggunakan strategi "pecah dan perintah" bagi mencapai matlamatnya.

"Masyarakat Cina perlu melihat dengan sepenuhnya," kata Wong dalam kenyataan pada Isnin.

"Niat dan pemikiran untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu berasaskan kaum hanya dilihat untuk memecah-belahkan negara ini di mana politik berasaskan kaum tidak diterima majoriti pengundi, terutama Gen-Y," katanya.

Wong berkata, beliau keliru dengan hasrat Dr Mahathir, memandangkan anak didiknya yang merupakan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menang di atas tiket Barisan Nasional (BN) yang menjadi platform kepada politik pelbagai kaum.

Beliau menggesa rakyat Malaysia supaya tidak terpedaya dengan parti politik baharu ini dengan menyatakan bahawa "ia tidak berkhidmat untuk mengintegrasikan rakyat pelbagai kaum tetapi lebih berfungsi untuk menghancurkan masyarakat Malaysia".

"Perkauman kembali dalam bentuk baharu dan rakyat harus bijak membuat penilaian dan menolak jika berpeluang," katanya.

Minggu lalu, Muhyiddin berkata, beliau akan membuat permohonan bagi mendaftar parti baharu kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak lama lagi.

MCA, Dr Mahathir Mohamad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain