suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Nekad Terjun Bangunan Selamat Diri Dari Kebakaran

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Enam warga Indonesia nekad terjun dari tingkat dua sebuah bangunan rumah kedai di Jalan SS15/4 Subang Jaya untuk menyelamatkan diri dari kebakaran.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Hazinan Md Yusof berkata kebakaran berlaku di sebuah premis membuat pengiklanan di tingkat bawah bilik sewa mereka.

Beliau berkata akibat tindakan mereka yang terdiri daripada lima wanita dan seorang lelaki, kesemua mereka mengalami kecederaan pada kaki dan pinggang dalam kejadian kira-kira 11 malam itu.

"Semua mangsa sedang tidur ketika kejadian," katanya ketika dihubungi.

Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

Punca kebakaran masih disiasat, kata Hazinan.

Artikel Sebelum

"Gali Kubur Sendiri"

Artikel Lain