suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirAsia X Patuhi Arahan Menara Kawalan Trafik Udara Di Lapangan Terbang Coolangatta

KUALA LUMPUR: Juruterbang AirAsia X bagi penerbangan  D7 206 telah mendapat kebenaran untuk berlepas di lapangan terbang Coolangatta di Queensland pada 21 Julai dan mematuhi laluan penerbangan mengikut arahan daripada Menara Kawalan Trafik Udara.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebagai maklum balas kepada kejadian hampir bertembung di ruang udara dengan Jetstar, AirAsia X mengesahkan juruterbang telah menerima amaran daripada sistem pencegah pelanggaran trafik.

"Pihak krew memberi tindak balas dengan segera kepada nasihat resolusi dengan mengurangkan kelajuan menegak mengikut prosedur yang mereka dilatih dan pesawat meneruskan perjalanannya dengan selamat.

"Siasatan diketuai oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Udara dan AirAsia X memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya.

Kejadian itu berlaku pada pagi Khamis selepas pesawat tersebut berlepas dari Gold Coast.

Dilaporkan pesawat AirAsia X berada 152 meter daripada pesawat Jetstar yang hendak mendarat, menyebabkan alat penggera berbunyi di dalam kokpit kedua-dua pesawat.

Jarak minimum untuk pemisahan menegak bagi pesawat penumpang utama di Australia adalah 305 meter. -- Bernama

Artikel Lain