suria

Sanjeevan Bebas Tahanan Reman

R Sri Sanjeevan.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan dibebaskan daripada perintah tahanan reman serta-merta.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Shariff Abu Samah memutuskan bahawa perintah reman Sanjeevan selepas membenarkan permohonan Sanjeevan mencabar perintah reman 21 hari, yang dikenakan terhadapnya di bawah Akta Pencegahan Jenayah 2013 (Poca).

Pada 12 Julai lalu, Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menerima permohonan daripada polis untuk menahan reman Sanjeevan di bawah Poca sehingga 31 Julai.

Pada 15 Julai pula Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Ab Karim Ab Rahman menolak permohonan Sanjeevan untuk mencabar perintah reman tersebut.

Sanjeevan dan pemandunya, seorang warga India, ditahan di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 384, serta 385 Kanun Keseksaan di atas dakwaan melakukan jenayah ugutan dan pemerasan dekat plaza tol Nilai pada 22 Jun lalu.

Beliau ditahan berikutan satu laporan polis dibuat oleh seorang pengadu bahawa suspek mengugut untuk memfitnahnya di Facebook.

Sri Sanjeevan

Artikel Lain