suria

Isteri Koh Tsu Koon Meninggal Dunia Akibat Kanser

Chui Kah Peng.

GEORGE TOWN: Puan Sri Chui Kah Peng, isteri kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meninggal dunia akibat kanser pada awal pagi Ahad.

Chui meninggal dunia pada kira-kira pukul 1 pagi di Pusat Perubatan Gleneagles, di samping keluarga terdekat.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, Chui merupakan seorang insan yang baik dan penyayang.

"Beliau seorang yang bertimbang rasa dan mengambil berat terhadap orang lain.

"Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat kami, terutama dalam Gerakan," katanya.

Pemangku Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mengucapkan takziah di atas pemergian Chui.

Ketua Biro Undang-Undang Gerakan Pulau Pinang, Datuk Baljit Singh berkata, parti kehilangan seseorang yang begitu penyanyang, dan banyak berjasa kepada golongan yang memerlukan.

"Semoga mendiang bersemadi dengan tenang," katanya.

Upacara pengebumian Chui akan dilakukan pada Khamis (28 Julai).


Chui Kah Peng, Koh Tsu Koon

Artikel Lain