Ribuan Serbu Pejabat JPN Gara-Gara Hebahan Palsu - Semasa | mStar

Ribuan Serbu Pejabat JPN Gara-Gara Hebahan Palsu

Anggota Polis bantuan dan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengawal kemasukan orang ramai ke kaunter akibat penyebaran berita palsu melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook mengenai program pemberian taraf warganegara kepada warga asing di Menara JPN.

PUTRAJAYA: Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini diserbu ribuan individu pada Jumaat gara-gara penyebaran hebahan palsu mengenai program penukaran kad pengenalan merah atau Pemastautin Tetap (MyPR) kepada Mykad.

Berikutan itu, JPN dalam satu kenyataan hari ini menafikan hebahan maklumat berkaitan program penukaran MyPR kepada Mykad seperti yang disebarkan melalui aplikasi whatsApp itu.

JPN turut meminta orang ramai agar tidak mempercayai hebahan berkenaan kerana ia tidak benar dan palsu.

"Sehingga kini tiada sebarang perubahan syarat atau prosedur permohonan berkaitan urusan penukaran kad pengenalan atau warganegara," katanya.

JPN turut menegaskan sebarang penyiaran maklumat berkaitan urusan pendaftaran dan hal ehwal berkaitan JPN hanya boleh disahkan oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan pegawai yang dilantik.

"JPN tidak ada menjalankan sebarang program pemberian warganegara kepada orang yang tidak layak dan tidak memenuhi syarat-syarat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

JPN berkata permohonan dokumen pengenalan diri merupakan perkhidmatan yang berterusan tanpa tarikh tutup dan sebarang urusan kad pengenalan atau warganegara boleh di buat di mana-mana pejabat JPN dan pada bila-bila masa ketika waktu pejabat.

Orang awam dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my <http://www.jpn.gov.my> atau menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03-8880 7077 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my bagi mendapatkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan JPN.

JPN

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain