suria

Gambar Hakisan Cerun Di Simpang Pulai, Gambar Lama

IPOH: Gambar hakisan cerun di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang menjadi viral dalam media sosial, merupakan gambar lama, demikian menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Perak.

Jabatan itu menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya berkata gambar yang dirakamkan di FT185 Seksyen 44 jalan berkenaan adalah imej pada hujung tahun 2014.

Kenyataan itu menyebut bahawa kerja penanaman cerucuk penahan atau 'bored pile retaining structure' di lokasi berkenaan telah dilakukan dengan diselia oleh JKR Kinta dan siap awal tahun ini.

"Pihak JKR Kinta akan melakukan tinjauan hari ini di lokasi berkenaan," menurut kenyataan itu.

Sejak semalam, gambar hakisan cerun itu tersebar menerusi aplikasi WhatsApp berserta pesanan meminta orang ramai berhati-hati ketika melalui jalan berkenaan disebabkan hakisan yang semakin teruk. 

Simpang Pulai

Artikel Lain