Parti Baharu Bukti Dr Mahathir Tidak Diterima Sebagai Pemimpin Pembangkang - Semasa | mStar

Parti Baharu Bukti Dr Mahathir Tidak Diterima Sebagai Pemimpin Pembangkang

Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR: Rancangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membentuk sebuah parti baharu membuktikan bahawa Pembangkang tidak menerima beliau sebagai pemimpin, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.

"Saya bersimpati kerana beliau perlu membentuk sebuah parti baharu yang bermaksud parti-parti pembangkang lain tidak dapat menerima beliau," kata Nazri pada Rabu.

Nazri memberitahu bahawa negara ini mempunyai beberapa parti pembangkang dan tiada keperluan untuk mempunyai sebuah parti baharu.

Bagaimanapun Nazri berkata, langkah itu baik buat Dr Mahathir kerana ia membolehkan bekas Perdana Menteri itu menyediakan "rumah baharu" untuk mereka yang tidak gembira dengan Umno.

Tambah Nazri, keputusan tersebut adalah baik kerana ia merupakan cara yang sah untuk membangkang kerajaan secara demokrasi.

"Beliau boleh menyerahkan jawatan kepada rakan-rakannya. Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh jadi nasib presiden. Mungkin Mahathir akan jadi presiden. Datuk Seri Mukhriz Mahathir boleh jadi ketua pemuda, dan Tan Sri Rafidah Aziz boleh menjadi ketua sayap wanita," katanya.

Pada Selasa, sebuah portal berita melaporkan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai berkata bahawa Dr Mahathir mungkin akan membentuk sebuah parti politiknya sendiri.

Dr Mahathir Mohamad , Nazri Aziz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain