Mayat Tinggal Rangka Di Tepi Pantai Dipercayai Mangsa Bunuh - Semasa | mStar

Mayat Tinggal Rangka Di Tepi Pantai Dipercayai Mangsa Bunuh

Gambar hiasan

TAWAU: Mayat yang hanya tinggal rangka dipercayai merupakan mangsa pembunuhan ditemukan di tepi Pantai Tinagat dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata rangka manusia itu ditemui kira-kira pukul 1.30 tengah hari susulan aduan orang awam yang terlihat apa yang dipercayai tulang manusia di pantai berkenaan ketika penduduk sekitar menziarahi sebuah perkuburan berdekatan sempena sambutan Aidilfitri.

"Pemeriksaan menemui mayat hanya tinggal rangka yang tidak sempurna dengan dikerumuni dengan lalat, kepala mangsa berwarna hitam dipercayai kesan dibakar, manakala terdapat tali nilon warna merah terikat pada kaki mangsa.

Setakat ini sukar untuk menentukan jantina rangka yang ditemui memandangkan mayat hanya tinggal tulang dan reput. Tidak ada sebarang dokumen ditemui pada tubuh mangsa atau kawasan sekitar," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Fadil juga berkata tayar kereta separuh terbakar dipercayai digunakan untuk membakar mayat turut ditemui berdekatan mayat.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mayat atau rangka manusia telah dibawa ke Hospital Tawau dan disimpan di Jabatan Forensik Hospital Tawau. Bedah siasat akan dilakukan oleh seorang pakar patologi dari Hospital Queen Elizabeth pada 12 Julai," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain