Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Negara Pada Raya Pertama - Semasa | mStar

Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Negara Pada Raya Pertama

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Negara 2016 pada hari raya pertama di istana itu.

Menurut kenyataan Istana Negara pada Isnin, majlis bermula 9.30 pagi hingga 1 tengah hari.

Seri Paduka berdua turut berkenan beramah mesra dan bersalaman dengan tetamu mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari.

"Istana Negara dengan sukacitanya mengalu-alukan semua tetamu untuk datang bersama memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri ini," kata kenyataan itu yang turut menasihatkan mereka supaya berpakaian kebangsaan atau pakaian sopan sewajarnya. 

Tetamu diminta masuk melalui gerbang utama Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim. - Bernama

Istana Negara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kelantan Tidak Isytihar Cuti 10 Julai

Artikel Berkaitan