suria

Cawangan TH Ditutup 8 Julai Jika Aidilfitri Disambut Rabu

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) akan menutup semua cawangannya pada Jumaat, 8 Julai, sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada Rabu.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan hari ini, TH berkata penutupan cawangan tidak terpakai jika Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Selasa.

TH menasihatkan pelanggan supaya membuat perancangan awal jika ingin melakukan transaksi.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi Pusat Hubungan TH di talian 03-6207 1919 atau e-mel kepada [email protected]. -- Bernama


TH, Aidilfitri

Artikel Lain