Majlis Buka Puasa Di Gereja Dibatalkan Selepas Laporan Polis Dibuat - Semasa | mStar

Majlis Buka Puasa Di Gereja Dibatalkan Selepas Laporan Polis Dibuat

Syed Azmi Alhabshi
PETALING JAYA: Satu majlis berbuka puasa 'antara agama' yang dirancang diadakan di sebuah gereja Katolik di sini telah dibatalkan atas nasihat polis.


Acara itu yang sepatutnya diadakan di Church of Assumption, petang Jumaat, dibatalkan selepas penganjur dimaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat terhadap mereka.

"Seseorang telah membuat laporan polis dan dua anggota polis pergi ke gereja memberi amaran bahawa ada individu atau kumpulan yang mungkin akan menimbulkan masalah," kata peguam bela sosial Syed Azmi Alhabshi dalam satu posting di Facebook.

Ketika dihubungi, Syed Azmi berkata selepas diberitahu mengenai laporan itu, pihak penganjur telah mengadakan perbincangan sama ada gereja harus meneruskan acara itu, sambil menambah semuanya dilakukan dengan niat yang baik.

"Kita tidak akan tahu sama ada ia mempunyai kesan negatif atau positif, tetapi kita lebih fikirkan tentang kepentingan keselamatan orang ramai," katanya.

Syed Azmi, yang telah diminta oleh pihak penganjur untuk menjadi penasihat sensitiviti dan budaya Islam berkata polis telah melakukan yang terbaik bagi mengelakkan berlakunya situasi tertentu, di mana ia telah dimaklumkan kepada jawatankuasa penganjur.

"Tetapi apabila mendapat tahu acara seperti itu telah mendapat 'perhatian' bermakna ia mempunyai kesan."

Beliau berkata majlis berbuka puasa itu telah dibuat di luar bangunan gereja.

Rayyan Haries, 25, yang menghadiri majlis berbuka puasa itu memberitahu The Star Online bahawa beliau membuat keputusan untuk menyertai majlis itu dengan rakan-rakan kerana adalah penting untuk mengetepikan perbezaan agama dan kaum untuk meraikan semangat sebenar Ramadan.

"Saya menyukainya," katanya.

Beliau juga berkata adalah penting untuk majlis-majlis seperti itu dianjurkan kerana ia meningkatkan peluang kepada rakyat Malaysia memahami maksud kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia.

Rayyan berkata kira-kira 15 orang telah hadir di majlis berbuka puasa di luar gereja itu.

"Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi juga mempamerkan cinta anda untuk orang lain," katanya.

buka puasa , Syed Azmi Alhabshi , gereja

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain