suria

Baju Melayu Busana Warisan Sepanjang Zaman

KUALA LUMPUR: Setiap kali tiba musim perayaan variasi rekaan busana yang kreatif mahupun pelik memeriahkan suasana pentas fesyen negara.

Industri pakaian lelaki juga tidak tidak terlepas dari ragam kitaran 'trend' semasa ini.

Maka wujudlah rekaan jubah yang potongannya seakan blaus wanita, kurta diperaga persis baju kurung dan pelbagai lagi.

Namun, busana tradisional seperti baju melayu teluk belanga dan baju melayu cekak musang tetap menjadi pilihan majoriti kaum Adam di hari lebaran.

Ikuti laporan wartawan mStar TV mengenai pilihan fesyen baju melayu untuk hari kebesaran ini.

Artikel Lain