Pemandu Guna Lorong Kecemasan Dihadapkan Terus Ke Mahkamah - KP JPJ - Semasa | mStar

Pemandu Guna Lorong Kecemasan Dihadapkan Terus Ke Mahkamah - KP JPJ

KUALA LUMPUR: Pemandu yang melakukan kesalahan menggunakan lorong kecemasan tidak akan dikenakan kompaun sebaliknya terus dihadapan ke mahkamah, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Nadzri Siron.

Beliau berkata sebanyak 429 aduan diterima daripada orang awam berhubung kesalahan menggunakan lorong kecemasan sejak 22 Mei hingga 24 Jun lepas.

Katanya pemandu yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan tindakan denda RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.

"Kita memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan pemandu yang melakukan kesalahan ini," katanya dalam sidang media sempena pelancaran Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2016 di sini, malam Khamis.

Ops itu dilancarkan Rabu.

Beliau diminta mengulas cadangan enam jenis kesalahan jalan raya untuk terus dihadapkan ke mahkamah.

Sementara itu, beliau berkata lima kesalahan jalan raya lain pula masih dalam peringkat kajian.

Lima kesalahan lain iaitu melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit serta memotong dan tidak membenarkan memotong.

"Kita sedang mengkaji... kita akan berbincang dengan pihak mahkamah dan juga Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros)," katanya.

Semalam, Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ Datuk V Valluvan Veloo berkata pihaknya bercadang untuk terus mendakwa pemandu yang melakukan enam kesalahan jalan raya sepanjang pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri 2016 ke mahkamah.

Sementara itu, Nadzri berkata kenderaan berat tidak dibenarkan menggunakan jalan raya dua hari sebelum Hari Raya dan beberapa hari selepas itu.

Larangan terhadap kenderaan berat adalah pada 2 dan 3 Julai, dan pada hari-hari raya, dan pada 9 dan 10 Julai kerana ia berisiko tinggi berlaku kemalangan, katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain