suria

Polis Ambil Keterangan Tun M Berkaitan Kenyataan Idi Amin

Tun Dr Mahathir Mohamad
PUTRAJAYA: Polis pada Rabu mengambil keterangan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya yang didakwa menyamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin diktator Uganda Idi Amin.

Proses yang dijalankan polis Bukit Aman itu berlangsung di pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana di Presint 8, di sini.

Peguam yang mewakili Dr Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

"Dalam 20 minit. Dalam 30 soalan. Ada soalan-soalan yang Tun dinasihatkan oleh peguam untuk tidak jawab," katanya.

Dr Mahathir didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.


Artikel Berikut

Artikel Lain