Umat Islam Perlu Kejar Malam Lailatulqadar - Najib - Semasa | mStar

Umat Islam Perlu Kejar Malam Lailatulqadar - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengajak umat Islam supaya menggunakan peluang rahmat dan kelebihan malam-malam terakhir Ramadan dengan ibadah dan berdoa moga dipertemukan dengan malam lailatulqadar.

Perdana menteri mengingatkan akan pahala amal ibadah pada malam lailatulqadar yang bersamaan dengan pahala mereka yang beribadah selama 1,000 bulan.

"Alangkah beruntungnya sekiranya kita telah memanfaatkan dan mengambil sepenuhnya peluang beribadah sepanjang hari-hari berpuasa yang telah berlalu," kata beliau menerusi catatan terbaharu dalam blognya NajibRazak.com.

Bagaimanapun, "sekiranya ia berlalu tanpa kita (umat Islam) memanfaatkannya, masih belum terlambat untuk beramal dan beribadah mengumpul pahala dan rahmat Allah SWT yang berlipat ganda dalam bulan penuh keberkatan ini.

"Lebih-lebih lagi di penghujung Ramadan ini di dalamnya terdapat begitu banyak keberkatan sehinggakan Rasulullah SAW sendiri menghidupkan malam dengan memperbanyakkan ibadah dan amal kepada Allah SWT," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini