suria

Lelaki Ditahan Ceroboh Tandas Wanita Di Stesen LRT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan polis kerana didakwa menceroboh tandas wanita di stesen LRT Salak Selatan dekat sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 2 petang Sabtu sewaktu seorang gadis berusia 23 tahun memasuki tandas berkenaan.

Menurut Kok Sin, dia menyedari bayang-bayang seseorang semasa berada di dalam tandas.

Sebaik sahaja ditinjau, mangsa melihat kepala seorang lelaki, lalu melarikan diri keluar dari tandas dan mendapatkan bantuan.

Kok Sin berkata, seorang pengawal keselamatan masuk ke dalam tandas untuk membuka pintu salah satu kubikel dan menemui seorang lelaki di dalamnya.

Insiden itu mencetuskan pergelutan, tetapi mengakibatkan suspek cedera pada rahang kiri dan bibirnya.

Suspek dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Kok Sin, suspek turut didakwa membawa pisau.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 508 Kanun Keseksaan kerana perkataan atau isyarat yang bertujuan untuk mencabul kehormatan seseorang.

Artikel Lain