Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan SIS Cabar Fatwa Isytiharnya Menyeleweng - Semasa | mStar

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan SIS Cabar Fatwa Isytiharnya Menyeleweng

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Jumaat menolak permohonan semakan kehakiman Sisters In Islam (SIS) untuk mencabar fatwa Selangor yang melabelkan pertubuhan itu sebagai "sesat dan menyeleweng" kerana mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan berhubung isu fatwa.

Hakim, Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan bahawa fatwa ialah perkara yang diputuskan di bawah Undang-undang Islam dan tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Beliau berkata, Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan menyatakanbahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa berhubung apa-apa perkara yang tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.

"Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa tidak memberikan relif oleh pemohon, saya tidak menyentuh mengenai merit," kata beliau ketika menolak permohonan semakan kehakiman.

Beliau juga berkata walaupun jika SIS tidak mempunyai remedi di Mahkamah Syariah, ia tidak memperuntukkan Mahkamah Sivil bidang kuasa untuk mendengar perkara itu. 

"Ia adalah bagi penggubal undang-undang untuk memperuntukkan remedi," kata beliau sambil menambah bahawa mahkamah perlu mengikut undang-undang yang diluluskan oleh penggubal undang-undang.

Pada 10 Disember 2014, SIS, pengasasnya Zainah Mahfoozah Anwar dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mendapat kebenaran daripada hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Asmabi Mohamad untuk memulakan semakan kehakiman.

Mahkamah pada Jumaat mendengar merit bagi permohonan semakan kehakiman. 

Forum SIS (Malaysia) memfailkan permohanan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang mengisytiharan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada agama Islam dan menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, Mais dan kerajaan Selangor sebagai responden.  

Mereka memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Mais yang menyatakan mana-mana pertubuhan, individu serta kumpulan yang berpegang kepada fahaman "liberalisme" dan "pluralisme" adalah menyeleweng dari ajaran Islam.  

Pemohon juga memohon pengisytiharan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Mais mengarahkan, melalui fatwa, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyekat laman web sosial yang bertentangan dengan ajaran islam adalah bercanggah dengan Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mereka, antara lain, memohon pengisytiharan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Mais adalah bercanggah dengan Perkara 10, 11, 74 dan Senarai I dan II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. 

Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa SIS, yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat berhad secara jaminan, tidak tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Mais.

Di luar mahkamah, peguam, Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili pemohon memberitahu pemberita bahawa anak-anak guamnya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan kerana isu fatwa buat pertama kali dicabar melalui semakan kehakiman. - Bernama

SIS

Artikel Berikut

Umno Pecat Muhyiddin, Mukhriz

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain