suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

JKR, Polis Jalin Kerjasama Elak Tragedi

PETALING JAYA: Polis trafik akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengelakkan tragedi semasa hujan lebat di sepanjang 2,000 cerun berbahaya di jalan-jalan persekutuan di seluruh negara.

Timbalan Pengarah Trafik, ACP Ruslan Khalid memuji langkah JKR mengeluarkan peta menyeluruh yang menunjukkan wujudnya 2,576 cerun berbahaya di jalan-jalan persekutuan.

Beliau berkata, maklumat itu berguna untuk mengelakkan tragedi semasa hujan lebat.

"Apabila JKR memaklumkan kepada kami mengenai kemungkinan bahaya, kami boleh membantu mengalihkan lalu lintas sebagai sebahagian daripada langkah pencegahan awal," katanya.



Pada Khamis, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu The Star mengenai lokasi berisiko tanah runtuh di jalan persekutuan di sepanjang 17,720km di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Ia termasuk cerun di Cameron Highlands, Lojing, Hulu Terengganu, Hulu Perak, Ampang, Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur di Semenanjung, Kundasang dan Sandakan di Sabah, serta Kapit dan Miri di Sarawak.

Mengenai cerun berbahaya, JKR telah menandakan 992 lokasi paling berbahaya yang memerlukan kerja-kerja pengukuhan segera.

Bagaimanapun JKR hanya boleh menjalankan kerja-kerja pembaikan secara berperingkat mengikut keutamaan susulan masalah bajet yang terhad.

Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk memantau dan memeriksa cerun bukit di negeri ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri memandang serius isu tanah runtuh dan telah menubuhkan jawatankuasa yang terdiri daripada JKR negeri, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Pejabat Tanah.

Tanah Runtuh, Polis Trafik, JKR

Artikel Lain