suria

Douglas Uggah Dilantik Menjaga Hal Ehwal Bukan Islam

Datuk Seri Douglas Uggah Embas

KOTA SAMARAHAN: Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilantik sebagai menteri yang menjaga hal ehwal bukan Islam di negeri ini.

Beliau berkata perkara itu diumumkan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-18 di sini, minggu lepas.

Uggah berkata demikian pada majlis makan malam sempena Festival Gawai Dayak baru-baru ini, anjuran Majlis Parish Dewan Gereja St. Francis di sini, Sabtu malam.

"Ini adalah saluran rasmi yang sangat penting diwujudkan bagi pelbagai badan-badan keagamaan bukan Islam untuk berinteraksi dengan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN).

"Ia akan menjadi satu forum di mana apa-apa isu boleh dibincangkan dengan tujuan untuk mengukuhkan keharmonian beragama.

Uggah berkata ia juga selaras dengan wawasan Adenan yang mahukan rakyat Sarawak bersatu padu serta hidup dalam harmoni dan makmur.

"Saya yakin tanggungjawab baru ini akan menyediakan penghubung yang berkesan antara kerajaan BN negeri dan agama bukan Islam.

"Ia sekali lagi mencerminkan hakikat Adenan adalah ketua menteri untuk semua. Ini juga dasar inklusif barunya sebagai tambahan kepada 53 pencapaian yang beliau umumkan sebelum pilihan raya negeri 8 Mei lepas," katanya.

Sarawak

Artikel Lain