suria

Muhyiddin Di Sungai Besar Bukan Untuk Berkempen

Muhyiddin ketika meninjau sekitar kawasan Parlimen Sungai Besar, pagi Jumaat.

SUNGAI BESAR: Kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini pagi Jumaat menimbulkan tanda tanya di kalangan pihak media dan penduduk di sini.

Muhyiddin disedari hadir ke Pasar Awam dan Pasar Tani Pasir Panjang oleh penduduk di sini kira-kira pukul 9.30 pagi.

Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa Muhyiddin turun ke Sungai Besar untuk berkempen dan menyatakan sokongan terhadap parti itu.

Bagaimanapun, pembantu Muhyiddin ketika dihubungi menafikan dakwaan tersebut.

"Tidak, dia berada di sana atas kapasiti peribadi untuk meninjau situasi, bukan  berkempen untuk mana-mana parti," kata pembantunya.

Muhyiddin turut memuat naik gambar-gambar beliau bersama penduduk di laman Facebooknya.


Artikel Lain