Rewang Ramadan BSN Agih Lebih 65,000 Bubur Lambuk - Semasa | mStar

Rewang Ramadan BSN Agih Lebih 65,000 Bubur Lambuk

Marina (kiri) dan Zulkifli (tengah) sedang memberikan bubur lambuk kepada orang ramai sempena program Rewang Ramadan BSN di perkarangan Masjid Jabatan Penjara di Kajang, Rabu. Foto SHAARI CHEMAT / The Star

KAJANG: Lebih 65,000 bungkusan bubur lambuk diagihkan Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada orang ramai di seluruh negara menerusi program Rewang Ramadan BSN pada Rabu.

Program yang julung kali itu diadakan serentak di 13 negeri membabitkan 65 masjid dan surau.

Naib Presiden Kanan/Ketua Komunikasi Strategik BSN, Puspa Marina Omar berkata, BSN merupakan satu-satunya bank dan institusi kewangan yang menganjurkan program agihan bubur lambuk secara rewang besar-besaran di seluruh negara.

Jelasnya, ia merupakan inisiatif berterusan BSN dalam memainkan peranannya sebagai 'jiran' kepada masyarakat dan memastikan ukhwah, persahabatan serta semangat muhibah di antara pelbagai kaum dapat terus dieratkan.

"Program rewang ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat BSN. Tetapi sempena Ramadan ini kita buat dengan turun padang bersama masyarakat.

"Ia bukan sahaja untuk masyarakat beragama Islam tetapi juga lain-lain kaum. Secara tradisinya semua akan menantikan bubur lambuk pada Ramadan," katanya kepada mStar  Online ketika ditemui di perkarangan Masjid Jabatan Penjara di sini pada Rabu.

Program Rewang Ramadan BSN melibatkan Masjid Jabatan Penjara itu turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar dan Pengarah Penjara Kajang, Datuk Narandar Singh.

Marina berkata, program rewang itu juga adalah rentetan aktiviti pengagihan 40,000 bungkus nasi lemak di seluruh negara sempena sambutan ulang tahun BSN ke-40 pada Disember 2015.

Seramai 1,300 warga BSN terdiri daripada kakitangan ibu pejabat dan cawangan di peringkat negeri terlibat dalam aktiviti rewang ini.

Kesemua mereka membantu membuat persiapan dan memasak bubur lambuk seawal pukul 10 pagi, selain dibantu wakil masjid dan surau.

Masjid Jabatan Penjara di Kajang merupakan antara lima lokasi masjid dan surau di Selangor bagi anjuran program Rewang Ramadan BSN pada Rabu.

Empat masjid lain adalah Pusat Tahfiz Al-Kholidi Ulu Yam Baru, Masjid Jamek Sultan Hishamudin, Pekan Sabak Bernam, Masjid Assolihin Kanchong Darat Banting dan Masjid AR-Rahman, Pandamaran Jaya Pelabuhan Klang.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain