suria

"Peniaga Bazar Tak Tau Masak Pun Boleh Kaya" - Chef Adu

BAZAR Ramadan menjadi fenomena yang ditunggu-tunggu setiap kali tibanya bulan puasa.

Bagi yang sibuk bekerja, bazar Ramadan semestinya menjadi lokasi alternatif untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.

Selain itu, ketibaan Ramadan juga menyaksikan kebanjiran 'peniaga segera' untuk mencari rezeki tambahan dalam tempoh sebulan.

Bagaimanapun bagi Chef Adu Amran, beliau melahirkan kebimbangan mengenai fenomena bazar Ramadan khususnya berhubung aspek kebersihan dan pengertian amalan bersederhana dalam mengerjakan rukun Islam ketiga itu.

"Kurangkanlah ke bazar. Memang rezeki masing-masing. Ramai yang turun berbazar (berniaga) bila Ramadan. Orang yang tak tahu masak pun tiba-tiba ada stall.

"Tak pernah jual makanan pun tiba-tiba ada (gerai makanan) sebab memang boleh kaya," kata Chef Adu Amran.

Ikuti video temubual mStar Online bersama Chef Adu Amran yang juga finalis APO2016 bagi kategori Chef Selebriti Pilihan berhubung fenomena bazar Ramadan.

Artikel Lain