suria

Malaysia Kutuk Insiden Tembakan Di Orlando

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden tembakan di Orlando, Florida pada 12 Jun 2016 yang telah meragut 50 nyawa serta mencederakan sekurang-kurangnya 53 yang lain.

Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Amerika Syarikat, terutamanya kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Laporan awal mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut. Kedutaan Besar Malaysia di Washington D.C. akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di Florida untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.

Artikel Lain