suria

Tiada Rakyat Malaysia Jadi Mangsa Serangan Istanbul

Serangan bom di sebuah hotel di Daerah Vezneciler, Istanbul pada Selasa.

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa susulan serangan pengganas di Istanbul yang meragut beberapa nyawa termasuk anggota polis serta mencederakan orang awam pada Selasa. 

Kementerian dalam satu kenyataan hari ini berkata Kedutaan Besar Malaysia di Ankara akan terus berhubung dengan pihak berkuasa Turki dan rakyat Malaysia termasuk pelajar di Istanbul.

"Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di Istanbul pada 7 Jun.

"Kerajaan merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Turki serta kepada keluarga dan mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut," menurut kenyataan itu.

Kementerian turut mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau melawat Istanbul supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan memantau suasana sekeliling, kata kenyataan itu. -Bernama

Istanbul, Serangan

Artikel Lain