PRK Kuala Kangsar: Penduduk Ulu Kenas Dapat Dewan Berhawa Dingin - Semasa | mStar

PRK Kuala Kangsar: Penduduk Ulu Kenas Dapat Dewan Berhawa Dingin

Ahmad Zahid menyampaikan amanatnya pada majlis ramah mesra bersama pengundi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan masyarakat Ulu Kenas, dekat Kuala Kangsar, Selasa. Foto Bernama

KUALA KANGSAR: Penantian penduduk Ulu Kenas, Manong di sini untuk memiliki dewan serba guna berhawa dingin berakhir apabila projek pembinaannya diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kelulusan yang diberikan itu juga sekali gus menyelesaikan isu utama di kawasan berkenaan apabila penduduk menuntut kerajaan membina sebuah dewan baharu bagi menggantikan dewan lama yang hanya mampu memuatkan kurang 40 orang.

Permintaan penduduk sebelum itu disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manong, Datuk Mohd Kamil Shafie ketika berucap dengan meminta kerajaan meluluskan projek bernilai RM200,000 itu.

mStar Default Image

Ahmad Zahid ketika berucap berkata, beliau meluluskan serta-merta permintaan penduduk kerana menganggap permohonan tersebut sebagai perkara kecil.

"Permintaan penduduk yang mahukan dewan bernilai RM200,000 itu saya luluskan serta-merta. Ini perkara kecil sahaja, jangan dipanjangkan.

"Saya luluskan juga permintaan supaya dipasang penghawa dingin di dewan itu. Lagipun ini adalah keperluan penduduk," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama penduduk di Pusat Daerah Mengundi Ulu Kenas pada petang Selasa.

Dalam lawatan ke kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh turut sempat bertemu pengundi di bazar Ramadan Dataran Arena.

Beliau kemudian berbuka puasa bersama penduduk Kampung Senggang di Masjid Al-Ansar selain menyampaikan duit raya kepada anak yatim.

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksi pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Yazid; Ketua Muslimat PAS Perak, D Najihatussalehah Ahmad; Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan calon bebas,  Izad Bukhary Ismail Bukhary.

Ahmad Zahid Hamidi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain