suria

Dua Beranak Maut Kereta Terbabas Ke Dalam Sungai

KUALA LUMPUR: Dua beranak maut, manakala seorang lagi berjaya diselamatkan selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Jalan Tanjung Malim, dari arah Sungai Besar menghala ke Gedangsa, Hulu Selangor, lewat Sabtu malam.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, Nik Asif Nik Mat, 47 tahun dan anak lelakinya Nik Afiq Farhan, 18, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai lemas kerana arus deras.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superitendan R. Supramaniam berkata seorang lagi anak lelakinya Nik Muhammad Fariss, yang memandu kereta itu, sempat diselamatkan.

Beliau berkata kereta berkenaan dipercayai terbabas ke dalam sungai kerana hilang kawalan selepas melalui selekoh tajam.

"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.-- Bernama


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain