Sindiket Seleweng Gas LPG Kaut Untung RM4.2 Juta Setahun Tumpas - Semasa | mStar

Sindiket Seleweng Gas LPG Kaut Untung RM4.2 Juta Setahun Tumpas

Timbalan Pengarah Penguatkuasa Cawangan Operasi Khas (COK) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya Ahmad Dahuri Mahmud (dua, kiri) menunjuk kaedah yang digunakan untuk memindahkan gas petroleum cecair (LPG) selepas sidang media di stor KPDNKK di Bukit Minyak, Khamis. Dalam operasi 1 Jun itu sebanyak 5,259 tong gas bernilai RM574,302.10 telah dirampas dan dua lelaki berusia 30an ditahan untuk siasatan lanjut. -fotoBERNAMA
BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) yang mengaut keuntungan sehingga RM4.2 juta setahun, selepas menahan dua lelaki di Kamunting, Perak Rabu.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Ahmad Dahuri Mahmud berkata bertindak hasil maklumat, pihaknya menjalankan risikan khas sejak sebulan lepas untuk mengesan sindiket memindahkan gas LPG daripada tong subsidi kepada tong industri yang aktif di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

"Hasil risikan itu, kami berjaya menahan dua lelaki berusia 35 dan 40 tahun  sebelum menyerbu lima premis perniagaan di tiga buah negeri tersebut," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata menerusi Ops Gagak Utara itu, pihaknya menyita 5,259 tong gas LPG bernilai RM573,302.10 di lima premis berkenaan.

Katanya sindiket beroperasi sejak dua tahun lepas itu dipercayai mempunyai beberapa rangkaian di tiga negeri berkenaan, dan mereka menjadikan premis perniagaan termasuk stor dan ladang dalam kawasan hutan sebagai tempat menjalankan operasi memindah gas LPG.

"Sindiket itu membeli gas subsidi seberat 12 atau 14 kilogram (kg) dengan harga RM30 dan ke atas sebelum memindahkannya ke dalam tong industri yang mampu mengisi gas terbabit sehingga 50kg.

"Selepas itu, mereka menjual kepada pelanggan dengan harga lebih murah berbanding harga sebenar bagi tong gas LPG industri dan mampu mengaut keuntungan sehingga RM100 bagi satu tong gas tersebut," katanya.

Ahmad Dahuri berkata dua daripada premis yang diserbu itu adalah tempat penyimpanan stok gas LPG subsidi, dan dipercayai pemiliknya menyimpan untuk menjual kepada sindiket berkenaan.

Berikutan itu, beliau berkata pihaknya telah mengambil tindakan tegas dengan membatalkan lesen-lesan pemborong milik syarikat yang diserbu itu, dan akan memanggil mereka untuk membantu siasatan.

"Sindiket itu mengaut keuntungan bersih sehingga RM4.2 juta setahun dan kami sedang mengesan beberapa lagi anggota sindiket itu termasuk mereka yang terlibat terutama pembeli gas LPG industri berkenaan," katanya.

Ahmad Dahuri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata pihaknya akan melakukan operasi seumpama itu secara berterusan dalam usaha membanteras penyelewengan gas LPG bersubsidi kerana ia melibatkan kepentingan awam dan kerugian yang besar kepada kerajaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata KPDNKK akan meningkatkan pemeriksaan dan rondaan terutama di bazar Ramadan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga sesuka hati sempena bulan puasa dan Hari Raya ini.

"Setiap cawangan KPDNKK seluruh negara akan mula mengerakkan penguatkuasa untuk membuat pemantauan terutama di pasar serta bazar Ramadan. Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang menaikkan harga dan tidak mengikut peraturan ditetapkan," katanya.

Beliau meminta orang ramai agar melaporkan kepada pejabat KPDNKK jika berlaku kenaikan harga barangan, dengan menghubungi hotline 1800 886 800 atau membuat aduan di e-aduan.kpdnkk.gov.my supaya tindakan dapat diambil.
gas LPG , Ops Gagak Utara , KPDNKK

Artikel Sebelum

Ibu Bapa Rayu Polis Tahan Huckle

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain