suria

Pemandu Peribadi Didakwa Beri Suapan RM350 Kepada SPAD

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan memberi suapan RM350 kepada penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), tahun lepas.

S. Shunmugam, 65, didakwa memberi suapan itu kepada Timbalan Pegawai SPAD, Hasnoddin Hashim, 58, sebagai dorongan untuk melepaskannya kerana menggunakan kenderaan tanpa lesen yang sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Pudu Sentral, Level Mezzanine, Terminal Pudu Sentral, Jalan Pudu, di sini, pada 6 petang, 5 Jun 2015.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM Pendakwa Raya Wan Mohd Bukhari Wan Mohd menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin namun peguam R.S. Seelan memohon jaminan rendah memandangkan anak guamnya perlu menyara isteri dan enam anak serta tiga cucu selain mempunyai masalah kesihatan.

Mahkamah membenarkan Shunmugam diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan semula kes.

SPAD, SPRM

Artikel Lain