Allahyarham Ahmad Sobri Dinaikkan Pangkat Koperal - Semasa | mStar

Allahyarham Ahmad Sobri Dinaikkan Pangkat Koperal

KUALA TERENGGANU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menaikkan pangkat Koperal secara 'posthumous' atau anumerta kepada Lans Koperal  Ahmad Sobri Harun yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Allahyarham Ahmad Sobri, 26, ialah pengawal peribadi kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang turut terkorban dalam nahas itu.

Anugerah kenaikan pangkat tersebut disampaikan oleh Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Seri Zulkifli Abdullah kepada bapanya Harun Muda.

Zulkifli berkata kenaikan pangkat secara 'posthumous' itu turut membolehkan warisnya menerima wang pencen lebih tinggi.

Katanya PDRM juga menyerahkan bantuan dari Tabung Koperasi Polis, Tabung Amanah Perwira Pertahan Negara, Tabung Kebajikan Polis dan Khirat Kematian berjumlah RM96,000.

Zulkifli berkata demikian kepada pemberita selepas majilis anugerah kenaikan pangkat kepada keluarga mangsa di sini, Rabu.

Hadir sama Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman dan Pengerusi Koperasi PDRM, Datuk Sri Syed Ismail Syed Azizan.

Zulkifli berkata pihaknya juga sedang menguruskan bantuan yang lain untuk diserahkan kepada keluarga mangsa dalam masa terdekat.

Ahmad Sobri, yang masih bujang, berkhidmat di Unit Cawangan Pengawal Pengiring Bukit Aman selepas pengawal peribadi sejak tiga tahun lalu. Allahyarham tamat latihan polis pada 28 Disember 2012.

Turut terkorban dalam nahas helikopter itu ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai, Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Sementara itu, Harun melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kepimpinan PDRM dengan pemberian pangkat dan bantuan itu.

"Walaupun dia telah tiada kami berbangga dia pergi ketika menjalankan tugas dan berkhidmat untuk negara, "katanya.-- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain