Malaysia Akan Manfaatkan Inovasi Untuk Bergerak Ke Tahap Pembangunan Lebih Tinggi - PM - Semasa | mStar

Malaysia Akan Manfaatkan Inovasi Untuk Bergerak Ke Tahap Pembangunan Lebih Tinggi - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan sesuatu semasa berucap pada siri ceramah Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC)-Khazanah, di London, Selasa. -fotoBERNAMA
LONDON: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cabaran untuk Malaysia sekarang ialah bergerak ke tahap pembangunan ekonomi dan sosial lebih tinggi melalui inovasi, peningkatan produktiviti dan penggunaan pengetahuan lebih berkesan.

"Kita perlu mencari cara lebih baik untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan serta menyampaikannya secara lebih berkesan pada kos lebih rendah kepada lebih ramai orang," katanya ketika berucap mengenai Daya Saing Global: Aspirasi Malaysia pada Siri Syarahan Cemerlang Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC)- Khazanah di sini pada Selasa.

Untuk Malaysia menjadi negara maju dan berstatus berpendapatan tinggi dan mampu bersaing dengan yang terbaik di peringkat serantau dan global, Najib berkata, ia memerlukan kuasa transformatif sains dan teknologi.

"Dan kita memerlukan dinamisme usahawan, inovasi dan kreativiti untuk melonjakkan prestasi sektor awam dan juga swasta," kata Najib yang kini dalam lawatan kerja ke United Kingdom.

Berikutan itu beliau mengaitkan pelancaran Sains Untuk Tindakan atau S2A, inisiatif pada 2013 dengan matlamat untuk meningkatkan aplikasi sains an teknologi untuk pembangunan industri serta kesejahteraan orang ramai.

"Kita mahu mencergaskan semula semua aspek sains di Malaysia agar ia menyumbang kepada penjanaan pelbagai idea baharu serta strategi perubahan yang akan mewujudkan kekayaan serta pekerjaaan yang mampan untuk rakyat kita," tambahnya.

Najib berkata, ketika lawatannya ke Sarawak beliau telah menyatakan yang untuk pembangunan sekolah di luar bandar menggunakan sistem IBS, perlu ada tambahan enam bilik darjah serta makmal sains.

Sebahagian daripada inisiatif S2A ialah penubuhan Dana Newton-Ungku Omar, satu inisiatif bersama di antara kerajaan Malaysia dan Britain.

Ia sudah pun mewujudkan pelbagai peluang baharu untuk meningkatkan hubungan dua hala serta untuk ahli sains kedua-dua negara bekerjasama dalam inisiatif penyelidikan dan inovasi yang berpotensi merubah kehidupan.

Sejak dana itu dimulakan pada 2014, tujuh program kerjasama utama telah diwujudkan bagi mengkaji bidang pembangunan modal insan, penyelidikan dan pembangunan dan yang paling penting, menterjemahkan output penyelidikan dari makmal ke pasaran.

Beliau berkata, program Hubungan Penyelidik dan Hubungan Institusi sudah mula membina hubungan rangkaian yang kukuh di antara Malaysia dan United Kingdom dan berharap meningkatkan lagi pembangunan dan kejayaan daripada perkongsian yang berpandangan jauh ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.