suria

Petani Terkejut Jumpa Bayi Depan Rumah

- Gambar hiasan
SERIAN: Seorang petani di daerah Serian dikejutkan dengan tangisan seorang bayi perempuan tidak berpakaian dipercayai ditinggalkan di hadapan rumahnya awal pagi Jumaat.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar bayi tersebut kesejukan dan hanya diletakkan di atas kerusi di hadapan rumah petani itu.

Petani berusia 51 tahun yang enggan dikenali itu membuat laporan polis sejurus penemuan bayi tersebut.

Dev berkata hasil siasatan awal polis di lokasi penemuan itu turut menjumpai gunting yang dipercayai digunakan untuk memotong tali pusat bayi malang itu.

Katanya, polis telah menahan seorang wanita berumur 26 tahun yang tinggal tidak jauh dari tempat bayi berkenaan ditemui, kurang tiga jam setelah laporan polis dibuat.

Suspek telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak bagi mendapatkan rawatan kerana ditemui dalam keadaan lemah.

Kes disiasat di bawah seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana meninggalkan anak berusia bawah 12 tahun.

buang bayi, Dev Kumar

Artikel Lain