Operator Kilang Maut Dalam Kemalangan Tiga Buah Kenderaan - Semasa | mStar

Operator Kilang Maut Dalam Kemalangan Tiga Buah Kenderaan

JOHOR BAHARU: Seorang operator kilang maut dalam perjalanan ke tempat kerja di Senai apabila motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain di Kilometer 44.8, Lebuh Raya Senai-Desaru, dekat sini, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abd Aziz yang mengesahkan kejadian itu berkata kemalangan pukul 7 pagi itu menyebabkan penunggang motosikal, Nordin Jaafar, 38, dari Pasir Gudang cedera parah dan maut di tempat kejadian.

"Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Proton Saga FLX dari arah Desaru dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal Nordin dan sebuah kenderaan lain," kata beliau menerusi satu kenyataan di sini Rabu.

Jokhiri berkata akibat pertembungan itu, motosikal yang ditunggangi mangsa terjatuh ke bahu jalan dan menyebabkan mangsa tercampak sehingga mengakibatkan kecederaan parah pada leher serta kepala.

Sementara itu, dua pemandu kenderaan yang terlibat, tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mayat Nordin dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk bedah siasat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain