Penemuan Mayat Di Tasik Puchong, Dua Lelaki Bangladesh Ditahan - Semasa | mStar

Penemuan Mayat Di Tasik Puchong, Dua Lelaki Bangladesh Ditahan

Satu mayat ditemui di dalam but kereta BMW yang ditenggelamkan di sebuah Tasik Puchong.

SHAH ALAM: Polis menahan dua lelaki warga Bangladesh yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes seorang lelaki yang ditemukan mati dalam but kereta BMW di sebuah bekas lombong di Tasik Puchong, Taman Maju Jaya, Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata suspek yang berusia 23 dan 27 tahun itu ditahan berhampiran lokasi kejadian, pada hari yang sama (hari kejadian).

"Suspek, masing-masing bekerja di kebun sayur dan kolam ternakan ikan berhampiran kawasan tasik berkenaan...siasatan turut menunjukkan mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya di sini, Selasa.

Beliau berkata pihaknya juga sedang menyiasat sekiranya ada individu lain yang terlibat dalam kejadian berkenaan.Kedua-dua suspek direman sehingga 22 Mei depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian Ahad lepas, polis menemukan mayat seorang lelaki dalam but kereta BMW yang tenggelam di sebuah bekas lombong di Tasik Puchong.

Polis percaya lelaki itu dibunuh sebelum mayatnya kemudian dimasukkan ke dalam but kereta dan ditenggelamkan di tasik berkenaan. - BERNAMA

Bangladesh , BMW , bunuh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain