suria

Undi Popular BN Meningkat Kepada 63.72 Peratus

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat tangan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang memperolehi mandat baharu daripada rakyat Bumi Kenyalang bagi menerajui Kerajaan Negeri selepas kejayaan BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 di Dewan Undangan Negeri Lama malam Sabtu. -fotoBERNAMA
KUCHING: Barisan Nasional (BN) memperoleh 63.72 peratus undi popular pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11).

Ia adalah peningkatan 8.32 peratus berbanding 55.4 peratus yang diperoleh gabungan itu pada pilihan raya negeri 2011.

Pada pilihan raya negeri 2006, BN meraih 61.8 peratus undi popular.

Dalam pilihan raya kali ini, PBB mencatat 30.49 peratus undi popular, SUPP (13.38 peratus), PRS (6.85), SPDP (3.12) dan calon langsung BN (9.88).

Sementara bagi pembangkang, DAP memperoleh undi popular tertinggi dengan  18.21 peratus, diikuti PKR (9.29 peratus), PAS (1.70), Bebas (5.32), Star (0.37), Amanah (1.24) dan PBDSB (0.16).

Pada Sabtu, sebanyak 777,018 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka di 80 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, selepas BN menang dua kerusi tanpa bertanding pada hari penamaan calon, 25 April lepas.

Pada pilihan raya negeri 2011, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP-PKR-SNAP-PAS memperoleh undi popular 41.23 peratus, Bebas (2.98 peratus) dan Parti Cinta Malaysia (0.43).
PRN Sarawak, undi popular

Artikel Lain