MCA Tangguh Pemilihan Parti Selepas PRU Ke-14 - Semasa | mStar

MCA Tangguh Pemilihan Parti Selepas PRU Ke-14

KUALA LUMPUR: MCA menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya berlangsung tahun ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU).

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata keputusan itu dibuat bagi memberi laluan parti itu membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

"Dalam mesyuarat hari ini kami telah bincang dengan panjang lebar untuk tangguhkan pemilihan parti selepas PRU akan datang.

"Dengan ini kami boleh membuat persiapan rapi dan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran PRU akan datang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA ke-16 di sini pada Ahad.

Katanya pemilihan tersebut akan diadakan dalam masa enam bulan selepas PRU diadakan.

Mengulas mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 semalam, Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata ia merupakan trend yang baik.

"Ini menunjukkan mereka (pengundi) sudah muak dengan janji-janji kosong DAP dengan pakatan, yang dulu beri pelbagai janji.

"Tetapi ternyata 'dua partisan' sistem yang dijayakan pakatan telah hancur. Pertelingkahan antara DAP dan PKR juga menunjukkan mereka lebih mementingkan agenda sendiri daripada agenda rakyat Sarawak," katanya.

Liow berkata MCA juga melihat senario itu sebagai penerimaan berterusan rakyat Sarawak terhadap keberkesanan dan sifat inklusif BN dalam mentadbir negara.

"Kami yakin pengundi lain juga sedar akan hakikat ini dan akan terus menolak DAP dan parti pembangkang yang lain pada PRU akan datang," katanya. -Bernama

MCA , Datuk Seri Liow Tiong Lai , PRU

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain