suria

Nahas Helikopter: TLDM Hantar Tim Penyelam Sabah

Sungai Batang Lupar.

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghantar Tim Penyelam TLDM dari Sepanggar, Sabah, ke Kuching, Sarawak bagi membantu operasi mencari dan menyelamat helikopter Eurocopter AS350 yang dipercayai terhempas ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching, semalam.

Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata pasukan itu digerakkan pada kira-kira pukul 3 petang ini.

"Tim penyelam TLDM yang diatur gerak ke Kuching telah dilengkapi dengan peralatan salvej bagi mengesan helikopter berkenaan yang dilaporkan hilang," katanya kepada Bernama.

Helikopter itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching dan kali terakhir berhubung dengan menara kawalan pada 4.15 petang, setelah tiga minit berlepas.

Serpihan helikopter yang dinaiki enam orang itu termasuk Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon ditemui pagi ini.

Mayat seorang wanita ditemui pasukan penyelamat mencari helikopter di tebing sungai Batang Lupar tengah hari tadi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain