Kehilangan Helikopter: Rakan Dan Saudara Ahli Parlimen Kuala Kangsar Berkumpul - Semasa | mStar

Kehilangan Helikopter: Rakan Dan Saudara Ahli Parlimen Kuala Kangsar Berkumpul

Rakan dan saudara Wan Mohammad Khairil Anuar berkumpul di Kuala Kangsar ketika sidang media perdana menteri pada pagi Jumaat.

KUALA KANGSAR: Keluarga dan rakan-rakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad berkumpul di kediamannya di Bukit Chandan di sini untuk menonton sidang akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pagi Jumaat.

Sebelum itu, mereka mengadakan solat hajat bagi mendoakan Wan Mohammad Khair-il Anuar pulang dengan selamat di beberapa buah masjid di daerah berkenaan pagi ini.

Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar mengadakan solat hajat di Masjid Ubudiah sebelum berkumpul di rumah mangsa untuk menonton sidang akhbar yang bermula pada pukul 9.30 pagi.

Adik Wan Mohammad Khair-il Anuar, Wan Mohammad Khairul Falah, 43, berkata keluarganya tidak sabar menunggu perkembangan kehilangan helikopter tersebut dan berharap abangnya selamat.

"Beliau adalah abang yang baik. Beliau selalu pulang ke Kuala Kangsar untuk melawat pengundinya.

"Kami berharap akan mendengar berita baik. Semua orang tidak sabar-sabar menunggu sidang akhbar Datuk Seri Najib Razak," katanya kepada pemberita.

Najib pada pagi Jumaat mengumumkan mengenai penemuan serpihan helikopter yang dinaiki Ahli Parlimen itu bersama empat yang lain di Sebuyau.

Wan Mohammad Khair-il Anuar merupakan anak sulung daripada lima beradik dan mempunyai empat anak. Isteri dan anak-anaknya berada di kediaman mereka di Puncak Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Helikopter yang membawa enam penumpang termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Timbalan Menteri, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya Asmuni Abdullah berlepas dari Betong pada 4.12 petang Khamis untuk menuju ke Kuching.

Pesawat itu bagaimanapun terputus hubungan dengan menara kawalan 20 minit kemudian.

Kuala Kangsar , Ahli Parlimen

Artikel Sebelum

PAS Pecat Husam Musa

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain