PRN Sarawak: Zahid Gesa Anggota Rela Undi BN - Semasa | mStar

PRN Sarawak: Zahid Gesa Anggota Rela Undi BN

Gambar fail Ahmad Zahid semasa melihat perbarisan anggota Rela.

TELANG USAN: Sejumlah 341,000 anggota Rela di seluruh Sarawak digesa untuk mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Rela merupakan lapisan kedua pertahanan di negara ini.

Oleh itu, katanya, mereka seharusnya memberikan sokongan penuh kepada kerajaan hari ini.

"Rela di Sarawak mempunyai 341,000 anggota di seluruh negeri yang besar ini.

"Ia merupakan pasukan Rela terkuat di negara ini dan jumlah yang besar ini adalah penting buat Barisan.

"Mereka perlu mengundi untuk Barisan di mana ia adalah kerajaan hari ini di Sarawak.

"Saya mahu setiap dari 341,000 anggota membawa seorang pengundi untuk mengundi Barisan.

"Ia adalah penting buat kita. Kembalikan Tan Sri Adenan Satem kepada pentadbiran supaya beliau dan Barisan boleh berbuat lebih banyak perkara untuk Sarawak," katanya.

Artikel Berikut

Kempen PRN-11 Terkawal

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

BWF lulus penggunaan bulu tangkis sintetik