Saman SPAD, Pemandu Teksi Bantah Campur Tangan Uber - Semasa | mStar

Saman SPAD, Pemandu Teksi Bantah Campur Tangan Uber

KUALA LUMPUR: Satu bantahan dibangkitkan terhadap permohonan perkhidmatan Uber untuk menjadi pencelah dalam tuntutan mahkamah terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awan Darat (SPAD).

Pada Disember tahun lalu, kira-kira 102 pemandu teksi memfailkan saman ke atas SPAD kerana didakwa cuai apabila tidak mengambil tindakan proaktif untuk mengharamkan operasi perkhidmatan Uber, Grabcar dan Blacklane yang didakwa menjejaskan punca pencarian mereka.

Peguam utama kumpulan pemandu teksi itu, R. Kengadharan berkata anak guamnya dan SPAD berusaha untuk menentang campur tangan Uber dalam perkara tersebut.

"Kami menentang atas alasan Uber tidak dikawal selia dengan baik dan aktiviti mereka tidak diluluskan SPAD, tidak seperti pemandu teksi bermeter.

"Mereka tidak mematuhi Akta Pengangkutan Jalan dan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010.

"Kami berpendapat aktiviti Uber adalah haram dan SPAD turut bersependapat," katanya pada Khamis selepas sekumpulan pemandu teksi bertemu Timbalan Pendaftar Lukman Hakim Abu Bakar Sidek di dalam kamar berhubung tuntutan mahkamah.

Kengadharan berkata Uber memfailkan permohonan untuk kebenaran mencelah sebulan yang lalu.

"Kami berpendapat Uber tiada mempunyai hak untuk campur tangan kerana aktiviti mereka tidak diiktiraf undang-undang.

"Uber mendakwa kehidupan mereka terancam jika mereka tidak campur tangan dalam perkara ini," katanya.



pemandu teksi , Uber , SPAD , Grabcar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PRN Sarawak: SPRM Teliti Senarai Calon BN

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain