Lagi Pelajar Dipatuk Ular - Semasa | mStar

Lagi Pelajar Dipatuk Ular

Gambar hiasan.

SEREMBAN: Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengesahkan dua lagi pelajar dipatuk ular di perkarangan sekolah pada Sabtu dan Ahad lepas.

Pengarahnya Rusni Ab Jalil berkata mereka terdiri daripada seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Sungai Gadut, Seremban dan seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Dato' Lela Maharaja, Rembau berusia 18 tahun.

"Pada Sabtu lepas, pelajar SDAR dipatuk ular semasa pulang dari surau ke asrama selepas solat Isyak. Warden telah membawanya ke hospital dan telah dirawat. Sehari kemudian, pelajar KV dipatuk selepas cuba menangkap ular di sebuah ladang berhampiran sekolah.

"Kedua-dua pelajar itu dilaporkan stabil selepas dirawat di hospital dan masing-masing sudah pulang ke rumah," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Cemerlang Akademik 2016 di sini, Selasa.

Sehubungan itu, Rusni mengesyorkan agar pihak sekolah menabur belerang di kawasan yang dikenal pasti berpotensi menjadi lokasi yang sasaran ular. 

Dengan dua kes berkenaan, sehingga kini tiga kes pelajar dipatuk ular dilaporkan di negeri ini.

Kes pertama membabitkan seorang murid perempuan Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan Chembong, Rembau, yang cedera dipatuk ular ketika kelas pendidikan jasmani di padang sekolahnya Rabu lepas. - BERNAMA

ular , pelajar sekolah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain