suria

SPRM Tahan Empat Bekas Pemain Bola Sepak

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat bekas pemain bola sepak skuad Piala Presiden Terengganu kerana memberi keterangan bercanggah di mahkamah pada Rabu.

Mereka yang terdiri daripada pemain skuad Piala Presiden Terengganu pada tahun 2010 itu ditahan berikutan keterangan bercanggah dengan yang telah direkodkan dua tahun lalu.

Menurut sumber, kesemua mereka yang berusia 20-an ditahan di pejabat SPRM Terengganu kira-kira pukul 2.30 petang ini (Rabu).

"Kesemua bekas pemain dari sebuah pasukan di Pantai Timur itu pernah menjadi saksi berkaitan kes melibatkan bookie yang mengatur perlawanan.

"Mereka dijangka didakwa di mahkamah pada Khamis mengikut Seksyen 27(2) Akta SPRM 2009," jelasnya.

Pengarah SPRM Terengganu, P. Ganason mengesahkan penahan tersebut.

SPRM, Rasuah, Terengganu

Artikel Lain