El Nino: Ular Cari Tempat Sejuk - Semasa | mStar

El Nino: Ular Cari Tempat Sejuk

KUANTAN: Sebanyak 618 kes tangkapan ular direkod Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di seluruh negeri ini sepanjangtempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Pengarah JPAM Pahang, Zainal Yusoff.

Beliau berkata tangkapan dibuat berdasarkan laporan orang ramai mengenai gangguan reptilia berkenaan yang berdarah sejuk.

"Kebanyakan kes membabitkan ular ditemui di dalam kediaman dan kenderaan,yang kemungkinan ular-ular ini mencari tempat sejuk untuk berlindung.

"Faktor cuaca panas juga mungkin antara penyebab ular lebih gemar masukke tempat lebih sejuk seperti kediaman," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata jumlah kes tertinggi direkod di Kuantan iaitu sebanyak 163 kes, Temerloh (96), Pekan dan Maran masing-masing (67), Jerantut (57), Raub (50), Bentong (46), Lipis (36), Rompin (21) dan Bera (15).

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Wan Mohd Nazlis Wan Ismail berkata pihaknya merekod 92 kes tangkapan ular di seluruh negeri sehingga hari ini tahun ini.

"Ia membabitkan 16 kes sepanjang Januari, Februari dan Mac masing-masing 25 kes manakala bagi April sehingga hari ini sebanyak 26 kes," katanya. -Bernama

Ular , El Nino

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain