Kanak-Kanak OKU Dilarikan Wanita Indonesia Ditemui Dengan Bantuan Polis, Kariah Masjid - Semasa | mStar

Kanak-Kanak OKU Dilarikan Wanita Indonesia Ditemui Dengan Bantuan Polis, Kariah Masjid

Puteri Nurkyra (kanan) dibawa lari oleh seorang wanita Indonesia bernama Azizah (kiri) yang diberikan perlindungan oleh ibu bapa mangsa di rumahnya.

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai dilarikan seorang wanita warga Indonesia di SS19, Subang Jaya, ditemui semula di Jalan Pantai Baharu dekat sini, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata kanak-kanak itu ditemui dengan bantuan ahli kariah Masjid Ar-Rahman selepas lebih 16 jam dilaporkan hilang.

"Suspek juga telah ditahan semasa bersama-sama kanak-kanak itu berdekatan kawasan masjid pada 9.30 malam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.


Kanak-kanak berusia 11 tahun itu disedari hilang oleh kakaknya kira-kira 5 pagi Selasa.

Sebelum itu, suspek yang dikenali dengan nama Azizah berusia lingkungan 20-an dan mendakwa berasal dari Sumatera, Indonesia, dibawa ke rumah mangsa untuk sementara waktu selepas bapa mangsa terjumpa suspek berseorangan di hentian bas berhadapan pusat beli-belah Subang Parade.


Bagaimanapun, bapa mangsa yang sebelum itu berjanji untuk membawa suspek ke Kedutaan Besar Indonesia mendapati suspek hilang bersama mangsa.

Berita kehilangan mangsa menjadi viral dan bualan netizen di laman sosial Facebook apabila ibu saudaranya memuat naik gambar mangsa serta status mengenai kehilangannya.

Sementara itu, bapa saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Hazery, berkata ibu bapanya tertekan apabila mengetahui anak mereka hilang, lapor Star Online.

Sumber mendedahkan bahawa kanak-kanak tersebut, Puteri Nur Kyra meninggalkan nota untuk ibu bapanya mendakwa bahawa dia mengikut wanita Indonesia itu secara sukarela.

Terdahulu, Mohammad Azlin berkata Azizah memberitahu pasangan bahawa dia tidak mempunyai pasport atau telefon mudah alih.

budak hilang , Subang Jaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain