suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maria Chin Gagal Batal Tuduhan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah gagal membatalkan pertuduhan bahawa dia didakwa gagal memaklumkan kepada polis lebih awal berhubung perhimpunan pada Ogos tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Shariff Abu Samah menolak permohonan Maria atas alasan bahawa ia tidak mempunyai merit.

Beliau mengarahkan pendakwaan terhadap Maria diteruskan.

Maria didakwa sebagai penganjur perhimpunan itu gagal memberi notis pemberitahuan kepada polis daerah Brickfields, 10 hari sebelum perhimpunan berkenaan diadakan.

Perbuatan itu yang melanggar Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 didakwa dilakukan wanita tersebut di hadapan kompleks beli-belah itu di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini antara pukul 2 petang dan pukul 3 petang, 29 Ogos lalu.

Maria Chin Abdullah, Bersih 2.0

Artikel Berikut

Artikel Lain