suria

Bomba Tangkap Buaya Tersepit Belakang Rumah Taman

PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya menangkap seekor buaya yang memasuki sebuah rumah taman di Sarikei baru-baru ini.

Menurut laman Facebook jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dalam kejadian itu, buaya berukuran dua meter panjang berkenaan berjaya ditangkap selepas tersepit di dalam parit sebuah rumah di Taman Susur Jambu, Sarikei.

"Seekor Buaya berukuran 2 meter panjang dilaporkan tersepit dalam parit kecil dibelakang rumah berjaya ditangkap dan dibawa balik ke balai untuk tindakan lanjut.

"Operasi menangkap buaya berkenaan dilakukan oleh BBP (Balai Bomba dan Penyelamat) Sarikei," katanya.

Sementara itu, pengikut laman Fabeook tersebut turut teruja dengan kecekapan anggota bomba dalam melakukan usaha menyelamat pelbagai jenis haiwan termasuk buaya berkenaan.

Status itu turut mendapat 1,900 Like daripada pengikutnya setakat 10 pagi Isnin.

Sarikei, Bomba, Buaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain