Laporan PAC Bukti Tuduhan Tidak Benar - Ahmad Zahid - Semasa | mStar

Laporan PAC Bukti Tuduhan Tidak Benar - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB membuktikan tuduhan yang mengatakan ada 'tangan ghaib' yang memperoleh faedah atau pengarahan terhadap sesuatu transaksi adalah tidak benar. 

"Laporan ini jelas menunjukkan keadaan adalah sebaliknya," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.

"Penelitian harus dibuat terhadap syor-syor yang telah dibuat jawatankuasa ini termasuk badan-badan penguatkuasaan yang perlu melakukan siasatan terhadap mantan ketua pegawai eksekutif yang telah menguruskan badan (1MDB) ini," katanyakepada pemberita di lobi Parlimen di sini pada Khamis.

Ahmad Zahid berkata pihak berkuasa berkaitan perlu menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti disyor oleh PAC.

PAC pada Khamis membentangkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB di Dewan Rakyat.

Antara syornya ialah meminta pihak berkuasa supaya menyiasat bekasCEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak yang berkaitan.

Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh berkata laporan PAC harus diterima sebagai laporan rasmi dan tidak dijadikan polemik politik. 

"Dengan ini, saya harap perkara ini (laporan) tidak jadi polemik politik sebaliknya diterima sebagai satu laporan rasmi yang dibuat oleh PAC di mana lantikan ini dibuat oleh Jawatankuasa Hak yang telah ditentukan oleh anggota-anggota Parlimen Barisan Nasional dan pembangkang," katanya. 

"Mereka (PAC) tentunya telah meneliti terdapat urusniaga yang dijalankan tidak berdasarkan peraturan urusniaga yang memerlukan daya keuntungan sesuatu projek itu dan dalam perkara ini serahkan kepada pihak berkuasa untuk lakukan siasatan," katanya. -Bernama

PAC , Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain